Tuesday, October 26, 2010

AYAM MERAH IDAMAN

Bahan2 utama



1 ekor ayam (jika besar potong 8, 12 sederhana, 16 kecil)

Bersihkan ayam dan perap dgn sedikit garam & tomato sos



Bahan untuk Menumis

5 ulas bawang merah kecil - ditumbuk/blend

3 ulas bawang putih - ditumbuk/blend

3 sudu besar cili kering yg telah dikisar

3 buku bawang besar - dihiris

1 cm halia muda - hiris


3 sudu besar sos cili

1 tin tomato puri

2 biji tomato segar (jika perlu)

1 cwn air

garam secukup rasa atau MAGGI cukup rasa pun sedap



Cara-cara



CARA (A) : AYAM MERAH IDAMAN - DI GORENG

1. Panaskan minyak dan goreng ayam pada api sederhana. Kegaringan ayam ikut selera.
(Jika api kuat, ayam yg telah diperap akan terpercik dan mungkin boleh hangit)

2. Ketepikan ayam yg telah digoreng.

3. Keluarkan sedikit minyak gorengan ayam tadi dan guna lebihan utk menumis (anggaran 1 senduk makan sahaja)

4. Tumis bahan untuk menumis - bawang merah kecil & putih

5. Masukkan cili kisar - kacau dan masak dalam 1-2 minit dgn api sederhana.

6. Masukkan bawang besar hiris, halia, sos cili & tomato puri, air

7. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi.

8. Tambah garam & perisa mengikut rasa.

CARA (B) - AYAM MERAH IDAMAN - DI RENEH

1. Tumis bawang/halia/cili kisar - lepas garing masukkan ayam dan direneh sebentar agar empuk.

2. Masukkan halia, sos, tomato puri, air dan garam.

3. Tentukan rasa mengikut selera


Perhatian:

Jika ayam ingin di masak bersama nasi tomato tadi, ayam tidak perlu agak garing.

Boleh lah diambil beberapa ketul ayam dan sedikit kuah dan dimasukkan kedalam nasi

yg AKAN ditanak.

SELAMAT MENCUBA

Cik Linda

0 comments:

 
Template by Exotic Mommie Illustration by DaPino