Tuesday, October 26, 2010

AYAM MERAH IDAMAN

Bahan2 utama



1 ekor ayam (jika besar potong 8, 12 sederhana, 16 kecil)

Bersihkan ayam dan perap dgn sedikit garam & tomato sos



Bahan untuk Menumis

5 ulas bawang merah kecil - ditumbuk/blend

3 ulas bawang putih - ditumbuk/blend

3 sudu besar cili kering yg telah dikisar

3 buku bawang besar - dihiris

1 cm halia muda - hiris


3 sudu besar sos cili

1 tin tomato puri

2 biji tomato segar (jika perlu)

1 cwn air

garam secukup rasa atau MAGGI cukup rasa pun sedap



Cara-cara



CARA (A) : AYAM MERAH IDAMAN - DI GORENG

1. Panaskan minyak dan goreng ayam pada api sederhana. Kegaringan ayam ikut selera.
(Jika api kuat, ayam yg telah diperap akan terpercik dan mungkin boleh hangit)

2. Ketepikan ayam yg telah digoreng.

3. Keluarkan sedikit minyak gorengan ayam tadi dan guna lebihan utk menumis (anggaran 1 senduk makan sahaja)

4. Tumis bahan untuk menumis - bawang merah kecil & putih

5. Masukkan cili kisar - kacau dan masak dalam 1-2 minit dgn api sederhana.

6. Masukkan bawang besar hiris, halia, sos cili & tomato puri, air

7. Masukkan ayam yg telah digoreng tadi.

8. Tambah garam & perisa mengikut rasa.

CARA (B) - AYAM MERAH IDAMAN - DI RENEH

1. Tumis bawang/halia/cili kisar - lepas garing masukkan ayam dan direneh sebentar agar empuk.

2. Masukkan halia, sos, tomato puri, air dan garam.

3. Tentukan rasa mengikut selera


Perhatian:

Jika ayam ingin di masak bersama nasi tomato tadi, ayam tidak perlu agak garing.

Boleh lah diambil beberapa ketul ayam dan sedikit kuah dan dimasukkan kedalam nasi

yg AKAN ditanak.

SELAMAT MENCUBA

Cik Linda

NASI TOMATO IDAMAN

Bahan Utama

2 cawan beras basmati (beras biasa pun boleh)
3 biji tomato-potong dadu
2 cawan air (kalau beras biasa, tahap air mungkin perlu ditambah sedikit)
1/2 cawan susu cair (utk rasa lemak)
1 tin kecil tomato puri
1 helai daun pandan (jika suka bau nyer)
Garam cukup rasa

Bahan2 untuk menumis
2 sudu minyak sapi (boleh tukar dgn mentega)
1 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
2 ulas bawang putih - ditumbuk halus
2 ulas bawang kecil - ditumbuk halus

1 cm halia - hiris

1 buku bawang besar - dihiris

Hiasan
Bawang goreng - jika suka

Daun ketumbar - jika suka

Cara-cara

Cuci dan Rendam beras selama 10 minit.

Beras di toskan
Panaskan minyak sapi atau mentega di dalam periuk.

Tumiskan bahan-bahan menumis sehingga naik bau dan cantik warna
Masukkan beras yg telah ditoskan

Kacau sebati

Masukkan tomato puri, tomato, susu, air, daun pandan dan garam


Jika boleh masak nasi di atas periuk - teruskan mentanak nasi. Jika tidak, boleh dituang dan masak ke dalam rice cooker.


Hiaslah dgn taburan bawang goreng atau daun ketumbar .


SELAMAT MENCUBA

Cik Linda


* Enak di makan bersama Ayam Masak Merah Idaman

Monday, September 27, 2010

wedding cake


wedding cake


3 Tier Wedding cake

Wedding cake



Flavor : Lemon
Topping : lemon buttercream
Price per kg : RM 40.00
Inclusive of decoration

Blueberry - 3 kg







This cake repeatly ordered by Blueberry Lovers for Eidul Fitri.

The famous has a combination of Vanilla cake and filling with fresh Blueberry.
Cover in creamy fresh cream.

Price per kg = RM 45.00


Delivery can be arranged at reasonable charges

 
Template by Exotic Mommie Illustration by DaPino